Sekolah Kebangsaan Vs Sekolah Agama.

Comments
.
"Gamba Hiasan"


Asalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera...

Pertama sekali....
Sori bebanyak pada semua member2 blog nih....
Sbb aku terpaksa bercuti 3 minggu sblom nih....

Yang kedua plak...
Sori bebanyak lagi sekali....
Sbb aku cuma ada masa dlm 2-3 hari je kali nih....
Next time aku free aku akan menjengah lagi kat blog nih....
Dan selagi blog nih ada... insyaALLAH kita tak lost kontek...
Ok... berbalik kita pada isu yg aku nak bukak kali nih....
bismILLAH....



---------------------------------------------kandis---------------------------------------

Anak.

Bulan gregorian bernama oktober dah pun tinggal tak berapa hari lagi nak melabuhkan tirainya... lepas nih november.... kemudian disember.... dan pada januari pulak... pembukaan tahun baru gregorian akan kembali bermula sekali lagi.... maka para anak2 kecil kita akan kembali masuk sesi baru persekolahan....


Aku ada sorang anak kecik yg pada tahun depan berumur 7 tahun... maknanya pada tahun depan budak tu akan layak masuk darjah 1... kalo dalam sekolah kebangsaaan....

Sedari kecik budak nih aku perhatikan... dia lebih cenderung pada bidang agama... banyak ayat2 quran yg dia hapal termasuk kursy, kahfi, yaasin, rahman, waqiah, muzzammil & semua surah2 lazim dari ad-dhuha sampai la ke an-nas...

Walaupun aku tak pernah langsung ajar dia membaca... walaupun sebenarnya sampai hari nih budak tu masih belum boleh membaca quran yg sebenar2nya.... setakat hari nih maknya mengajar "iqra" pun baru terkial2 nak sampai "iqra 4"...

Surah2 yg dihapalnya setakat nih... adalah kesan daripada pendengaran dia secara tak langsung sehari2 dlm kehidupan dia.... cuma bila aku test budak tu bebetul.. rupanya bebetul dia hapal seluruh surah2 yg aku sebutkan tadi....

---------------------------------------------kandis--------------------------------------

Tahfiz.

Beberapa bulan lepas... ada aku menjengah tahfiz yg cukup glamer kat daerah aku... di panggil pusat tahfiz & rumah anak yatim as-sollehin... di asaskan & di usahakan oleh ust sollehin muhyi & sahabat2nya.... org yg di segani oleh kawan & lawan di kawasannya... musuh pun tak pernah berani berkata buruk tentangnya di blakangnya....
Dari perbincangan aku dgn ustat2 yg menjaga pusat tahfiz tu... rupanya mereka hanya membukanya khas utk anak berumur 13 tahun ke atas sahaja... untuk anak berumur 7 tahun mereka takdak guru khas utk budak sebaya anak aku....

Kemudian aku meranjau ke seluruh daerah aku & kawasan berhampirannya bagi mencarik "sekolah pondok"....

Lepas beberapa bulan penat aku mencari... sumpah seranah yg keluar dari mulut aku...

"celaka, haram jadah, benih zionist, keturunan firaun betul la diorang nih yg sejak 60 tahun dulu berusaha utk tutup satu-persatu 'sekolah pondok' dalam seluruh negeri selangor.... "


Hari nih dlm tahun gregorian 2013.. satu sekolah pondok pun dah tak wujud lagi kat negeri selangor aku nih...

Maka... takkan ada lagi org2 selangor yg kuasai usulluddin, fiqh, tassauf, hadith, tafsir & lain cabang ilmu agama...

Aku terpikir sendiri... untung org2 yg lahir kat kelantan & lain2 negeri yg masih wujud "sekolah pondok"...


-------------------------------------------------------kandis----------------------------------------------


Sekolah 2X5.

Pilihan terakhir aku...
hanya tinggal sekolah kebangsaan yg di tadbir kementerian pelajaran...
& sekolah agama yg di tadbir oleh jabatan agama negeri...

"Atas Pentas Anjuran Kementerian Pelajaran"
Sejak awal tahun lagi pikiran aku semak...
bila memikirkan hal sekolah anak nih..... & sampai hari nih...
Aku masih tadak daftar atau buat apa2 keputusan dlm hal nih...
walaupun cuma tinggal 2 bulan je lagi tirai sekolah akan di bukak...

"Bawah Pentas Kementerian Pelajaran"


Dilemma aku.

Kalo hantar sekolah kebangsaan... 

"Conteng Muka Ajaran Kumpulan KISS & Gene Simmon"

"Kumpulan KISS & Gene Simmon"

Anak tu lebih banyak di ajar berjoget dari belajar benda2 bermanfaat....

Anak tu di biarkan jahil tak kenal ALLAH swt tak kenal Rasul saw...
lebih kenal "1Malaysia" yg terlukis kat tiap tiang sekolah drpd kenal 'syahadah'....

Anak tu di besarkan utk jadi "binatang melata" kat muka bumi nih....
hidup stakat sibuk carik makan, mengawan, pengaruh pangkat dlm koloni & lain2 hal kebinatangan lagi...






"Sukan Sekolah Agama Acara Lari Model Catwalk??"
Kalo hantar sekolah agama plak....
anak tu tidak di ajar ABC, 123, matematik & ilmu2 semasa di zaman nih...

Upsr, pmr, spm pun langsung tak ada dlm silibus mereka....

Pendidikan agama yg di ajar pulak bukannya al-quran & hadith...

Sekadar belajar membaca tulisan jawi... sekadar fekah fardhu ain yg terlampau zahir tentang hal2 ibadah khusus...


"Acara Sekolah Agama Lumba Pakai Pelekat? Apa Pekdahnya Tu?"

Sekadar belajar doa2 amalan harian...
sekadar belajar membaca quran tanpa di peduli maknanya...
sekadar belajar bahasa arab yg paling asas... ustat yg mengajar pun cakap melayu...kahkahkah...



Kalo hantar anak masuk kedua-dua sekolah serentak pagi-petang plak....
masa anak tu akan dihabiskan ikut doktrin acuan mereka....
anak kecil di jadikan otak mereka sangat kuat menyerap apa saja yg berlaku di sekitar mereka....
sayang amat kalo tumbesaran pemikiran secara "fitrah" di rosakkan oleh org2 yg tak bertanggungjawab....

"Cikgu Menari Atas Meja, Murid Menari Di Kelab Tiger"

Maksud aku kata org2 tak bertanggungjawab??...
menteri pendidikan, guru2 & lain2 berkaitan sekolah pun dok menari poco-poco & tarian2 lain seirasnya...

"Cikgu Berlakun Maknyah Depan Murid??"

Ada jugak yg tersangkut dgn kes akhlak.. cikgu pompuan berambut karat mcm dlm gamba atas nu... anak menteri jadi artis seksi perosak masyarakat(najwa muhyiddin, dafi).. pegawai pendidikan terlibat rasuah... program pendidikan jemput artis yg tak semenggah..... dan bermacam2 hal lagi...

"Kugiran 60an Di Alaf Milennium? Ajar Skill Main Pom-Pom?"

Apa kesannya anak2 kita di besarkan melihat gelagat guru, pegawai pendidikan, menteri & lain2 seangkatannya yg berperangai tak serupa orang siuman?


Sekolah agama kerajaan pun tak kurang hebatnya kalo dlm hal kebejatannya... pengarah jabatan agama kerajaan pun... bukanlah dari kalangan "ahli agama"... kebanyakkannya bekas pegawai daerah yg sinonim dlm hal rasuah & kroni...

Ustat & ustazah sekolah agama terima "upah" atau gaji tiap2 bulan... sedangkan Rasul saw tak benarkan terima "upah" dlm hal mengajar agama... hadiah takpe... fahami bebetul beza "upah" dgn "hadiah"... sukannya pulak... ada ke patut ustazah main golek tayar burok? kahkahkah...

"Ustazah Buat Ibadah Riadah Golek Tayar Burok"

Sorang gelandangan gila kat pekan sg besar hari tu mintak rokok aku sebatang... aku suruh golek tayar burok utk test dia... dia tak mau... kahkahkah.... dia kata malu org tengok...kahkahkah....

Lagi kebengongan sekolah agama... budak pompuan diajar nasyid, khatam quran atas pentas.. takkan diorang tak tau suara pompuan tu aurat?

Sampai melaungkan azan pun haram bagi pompuan sbb suaranya adalah aurat... sedangkan azan itu adalah katogeri paling tinggi sekali dlm darjat "dakwah"...


Majlis Khatam Quran Sekolah Agama"


Lepas budak2 tu khatam quran baca pakai mic atas pentas... bersalam pulak dgn lelaki menteri ketua agama negeri? adusss.... kahkahkah...

Dan bermacam2 hal lagi la...

Letih aku kalo nak listkan semuanya kat sini.....






---------------------------------------------------kandis-------------------------------------------


"Kemahiran Pancing Tin Coke?"
Terasa malang & lemah bagi aku anak beranak... sebab lahir dalam zaman nih.... ke kanan pun salah, ke kiri pun salah... hantar ke sekolah pun salah... tak hantar ke sekolah pun salah....

Ini lah zaman yg di mana....

'matahari manusia hari nih telah terbit dari barat'....

Sedangkan matahari ALLAH swt tak pernah berubah... sentiasa terbit dari timur... dari zaman tok Adam as.. zaman Nabi Musa as VS firaun berdebat ttg hal matahari...

Sampai hari nih esok lusa & selamanya... susunatur alam yg di jadikan ALLAH swt tak pernah sekali pun di ubah... dlm "furqan" kalo tak silap aku ada ALLAH swt bercakap psl hal susunatur alam nih yg tak pernah berubah & takkan berubah...... 

"Islam & Kapir Sama Pakaian = 1Malaysia"


Kesimpulannya...

Ntah la... aku masih tak tau lagi nak buat keputusan tentang hal sekolah anak nih macam mana....
Nak mintak tolong kat ALLAH swt pulak... terasa malu pun ada...
dah banyak sangat mintak tolong...
kerja yg di perintah pulak byk sgt yg aku tak buat & gagal buat.... kahkahkah......

"Nak Bunuh Diri Kat Sekolah?"
 kerja apa?

kerja2 menentang firaun moden, hamman moden, qorun moden, -(Musa as), abu jahal moden, abu lahab moden, abdullah ubai moden, -(Rasul saw), kaum sa'dum@sodom moden, -(Luth as), kaum ad moden, - (Hud as), kaum tsamud moden, -(Solleh as)..

Dan seluruh manusia bengong yg pernah di ceritakan dlm quran yg mana pada hari nih sengaja di keluarkan semula di zaman kita sebagai ujian paling berat terhadap manusia sepanjang zaman awal hingga akhir.....


Sekian dulu....
Asalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera...

-kandis-

.