Koleksi Kandis Syurga Palsu.

Comments
.

Asalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera...

Sebuah artikel yg pernah aku tulis semasa di blog astanakandis..... artikel nih aku terjumpa di ulang siar semula oleh web tranungkite... aku 'kopi' balik & tarok kat sini sbg koleksi peribadi aku & koleksi anjungrakyat....

"Design Header Yg Pertama & Terakhir Blog Astanakandis- Aku Pemalas"

"Separuh" dari yg menjadi "punca" aku berblogging.... sejak dari awal sampai la ke hari nih... boleh la aku katakan sebab nak menyampaikan hal2 yg semacam dlm artikel yg aku tulis kat bawah nih....






----------------------------------------kandis---------------------------------------



Syurga Dunia Palsu.

Sejak zaman berzaman Tok Adam as... sejak turun temurun ratus ribuan tahun... ada sesuatu yg pelik di zaman kita nih yg mana tak pernah berlaku pada mana2 zaman sebelum ini.. gejala pelik nih sgt2 ketara berlaku bermula era 1900 sampai sekarang...

Ini adalah sekadar pandangan peribadi aku dlm melihat dunia..


Selamat Datang Ke Astana Kandis... 
Asam Masam Manis Semakin Pupus Semakin Dilupa..
(promo thriller)


Selama ribuan tahun manusia hidup dan tinggal kat dunia nih.. segalanya tak pernah berubah sedrastik berubahnya zaman kita... sbg contoh sejak zaman tok Adam as sampai lah zaman atok kita... semuanya menggunakan dapur kayu utk memasak..

Secara tiba2 dlm era 1900 lahirnya dapur minyak tanah.. dapur gas.. dan hari nih dah ada dapur karen... pelik? mungkin tak bagi kita.... sbbnya kita semua dah terbiasa dgn semua ini..

 
Tapi pernah kah kita terpikir kenapa juta bilion manusia yg lahir dari zaman tok Adam as sampai zaman sblom 1900 tak di bagi ilmu buat dapur gas? ilmu korek minyak? ilmu buat karen?

Itu cuma satu contoh.. bukan aku nak bercerita hal dapur kat sini... Tapi aku nak bercerita tentang manusia zaman ini yg ....sarat dgn teknologi... sarat dgn penipuan.. sarat dgn tujuan.. sarat dgn cita2... sarat dgn impian.. sarat dgn kealpaan... sarat dgn penghambaan...

Mereka sebenarnya sedang mencipta syurga di dunia ini... mereka mengajak kita sama2 duduk dlm syurga dunia ini... hingga kita semua terjerumus dan tak sedar lagi mana asal mana kembali...


Selamat Datang Ke Astana Kandis... 
Asam Masam Manis Tak Di Kenal Generasi Ini..
(promo thriller)


Ahli Syurga yg hakiki itu hidup kekal abadi.. mereka mencipta hospital nak pertahankan nyawa manusia supaya tak mati.. Ahli Syurga yg hakiki itu cantik rupa parasnya.. mereka mencipta krim awet muda & pembedahan plastik utk rosmah slim muda remaja kembali... gigi jongang pun boleh mereka luruskan sekali...

Ahli syurga yg hakiki itu tinggal di mahligai indah... mereka mencipta rumah2 yg berlantaikan marmar dan bank riba sedia bagi full loan pd kita bila2 masa.. Ahli syurga yg hakiki itu kenderaannya bergerak sepantas kilat.. mereka menciptakan kereta, kapal terbang dan kapal selam yg ada skandal tak bleh menyelam...

Ahli syurga yg hakiki itu makan makanan yg sedap2.. mereka menyajikan kita makanan laut hari2 walau kita duduk atas gunung... 

Ahli syurga yg hakiki itu sejuk nyaman selesa... mereka menciptakan kipas elektrik & aircond dlm hidup kita... Ahli syurga itu minumannya pelbagai warna.. mereka membawa mcm2 minuman dlm rumah kita sampai anak mamakdey terlebih advance ada air cap san miguel..

 
Ahli syurga yg hakiki itu dikelilingi gadis bidadari cantik & lelaki muda hensem di kelilingnya utk di sentuh dibelai... 

Mereka menyediakan kita tv yg penuh godaan dgn laki pompuan cantik masuk dlm tiap rumah kita yg dpt kita tengok dpt kita geram tapi tak dpt di sentuh...

Salah kah semua ini? tak semua salah... tapi ada sesetengahnya salah... dan ada sesetengahnya yg lain pulak jalan nak dptkannya yang salah.. 

Yang tak salah hal kemudahan mcm makan, pakai dan lain2...

Yang salah pulak mcm perangai nak hidup kekal abadi, nak menyamar remaja walau janda beranak byk kali, kepala hasmah bini madey botak tutup ngan rambut palsu pun salah gak, shah rukh khan cium dahi hasmah kat nona tv3 pun salah gak...

Yang jalan nak dptkannya salah pulak rumah atau benda yg dibeli dgn riba.. kereta yg di beli dgn riba.. ALLAH swt istihar "perang" pada seluruh pengamal riba... (rujuk quran)

Selamat Datang Ke Astana Kandis... 
Asam Masam Manis Rimbunnya Teduhan Anak Bermain..
(promo thriller)


Ada lagi yg aneh dlm syurga dunia rekaan manusia ini... Di syurga yg hakiki manusia suka duduk di tempat2 indah sambil mendengar ceramah2 memuji kebesaran ALLAH swt...

Hari ini di dunia ini mereka terus mencipta ustat2 berlumba-lumba carik makan dlm tv al-maksiat yg sarat dgn program maksiat.. syarat masuk tv cukup mudah.. jgn cerita hal yg menghentam kerajaan.. 

Kalo memuji kebesaran kerajaan lagi bagus... cpt naik pangkat jd mufti.... modal temberang mereka ini atas nama "dakwah"... atas nama ajak org "buat baik"... 

Sedangkan Rasul saw tak pakai tv maksiat pun.. bermula sorang2 akhirnya Baginda buleh berkhutbah dihadapan 100ribu umat islam di padang arafah... Baginda manusia special?.. Ok.. kita amik satu contoh pendakwah moden pulak..


 
Tok Guru Nik Aziz.. sejak dari muda mula berdakwah beliau kena ban seumur hidup dari tv al-maksiat... sampai hari nih tak pernah ceramahnya keluar tv al maksiat.. kecuali dijadikan bahan nak menghentam Tok Guru Nik Aziz balik..

Tapi hari nih Tok Guru Nik Aziz tetap di hadiahkan ratusan ribu manusia yg nak dengar ceramahnya... Cuba bandingkan ustat2 ahli lama dlm tv al-maksiat yg mana satu dpt celen Tok Guru Nik Aziz dari segi pendengar ceramahnya..?


Tv al-maksiat berdakwah setan dari pagi sampai ke malam...supaya org dpt kembali muda, hidup panjang umur, berjoget sakan, bergaya bak bidadari, beromen suka2 dan mcm2 lagi... tiba2 di selit dgn satu segmen nak ajak org berakhlak baik ikut islam... itu nak dakwah org jahat jadi baik ke... atau nak pancing org baik jadi jahat tu?

Akibat adanya umpan atas nama islam dlm tv al-maksiat.. org baik pun bukak la tv.. bila terjebak dgn tv maka selang seli program maksiat yg sarat itu membawa org baik pun nak jadi ahli maksiat.. sbb itu kempen mereka...

Jadi temberang masuk tv-al maksiat atas alasan dakwah.. adalah temberang yg 'jelas nyata' selagi mana tv di penuhi al-maksiat.. selagi mana ada sekatan supaya tak bercakap perkara yg benar & kritikal mcm perintah dalam Al-Quran...

Nasihat aku.. jangan kita campurkan antara yg haq dgn yg bathil.. 

Air yg jernih terkena setitik nila.. biru barisan nasional jadinya.. nih pulak selaut air kotor nak di ubah dgn setitik air jernih.. alamat anak dara pak lebai pun berjoget gelek2 ala hindustan... 

Selamat Datang Ke Astana Kandis... 
Asam Masam Manis Rimbun Menghijau Pohonnya..
(promo thriller)

Di syurga dunia ini juga minda manusia penghuninya amat aneh bagi aku... manusia berpusu2 mengejar material kebendaan.. 

Si bodoh nak jadi si cerdik.. si hodoh nak jadi si cantik.. si tua nak jadi si muda.. si miskin nak jadi si kaya.. pelik? taaaakkkk... ianya biasa di zaman ini.. semuanya kononnya atas nama ibadah..

Satu contoh yg aku bagi.. hari nih mak bapak berusaha bagi pendidikan pada anak2 atas satu tujuan yg sama.. tujuan ajar anak CARIK MAKAN!!! 

Paksa anak.. pujuk anak.. belajar berbelas tahun supaya dapat kerja yg baik.. supaya dapat gaji yg baik.. supaya ada masa depan katanya... salah ke? tak salah ajar carik makan pada anak.. singa pun ajar anaknya carik makan...

Tapi hari nih mak bapak tak lagi didik anak dgn akidah kewujudan tuhan, dgn syariat aturan hidup islam, dgn jati diri seorang insan mukmin, dgn keperluan kasih sayang islam...

Islam perintahkan ajar anak memanah, menunggang kuda, berenang & sbgnya.. memanah adalah simbolik pada pertahanan diri.. menunggang kuda adalah simbolik utk naik kenderaan.. berenang adalah simbolik multi-area survival hidup dan mcm2 lagi islam perintahkan mak bapak ajar pada anak..

Mak bapak hari nih tak pedulikan... Hanya suruh sekolah... sekolah.. sekolah... hanya ajar utk carik ilmu dpt kerja bagus.. pangkat bagus.. dan hanya cari duit saja di ajar pada anak tu... anak hari nih nak sembelih ayam pun mampus tak tau.. besok pasar jual ayam tutup mampus tak makan ayam dah anak tu...

Selamat Datang Ke Astana Kandis... 
Asam Masam Manis Jajan Kegilaan Si Anak Gadis..
(promo thriller)

Mak bapak di syurga dunia hari nih.. ajar anak dgn alat mainan pistol.. senapang.. & sbgnya.. woi!!! tu bukan ajar anak jadi orang, tu ajar anak jadi "maling"(pencuri)!! ajar anak dgn ultraman, masked rider & sbgnya.. tu ajar anak jadi kaki gaduh, kaki kartun... ajar anak dgn game playstation & sbgnya.. tu ajar anak jadi org yg tak bertanggungjawab, khayal tenggelam dlm khayalan sia2...


Kenapa mak bapak sediakan semua nih utk anak2?

Supaya anak tak kaco mak nak tengok tv cerita cinta atau cerita gossip artis... supaya anak tak kaco bapak nak main facebook atau melayan lepak blog yg power mcm astanakandis nih...

Anak membesar dgn kasih sayang khayalan alat2 permainan... Anak jadi org yg pentingkan diri sendiri... Anak jadi orang yg hidup dalam dunia sendiri...

Hatta hari nih bila mak bapak hantar anak gi sekolah agama pun.. anak tu di hasut supaya belajar pandai2 esok besar buleh jadi ustat.. KAH KAH KAH... 

Tak cukup tu.. para ustat sekolah agama pun ajar murid supaya belajar pandai2 nanti buleh pegi al-azhar balik jadi ustat.. gilo apo? menuntut ilmu satu kewajipan.. tapi tak siapa suruh ajar anak bercita cita jadi ustat..

Maksud aku? bila dari kecik dah di ajar dgn niat yg salah.. maka bila anak besar anak tu akan kejar cita2 jadi ustat hingga sanggup jual agama.. sanggup sekongkol dgn umno..

Umno parti rasuah, umno parti k-pop, umno parti halalkan judi, umno parti halalkan arak, umno parti seleweng mahkamah syariah islam, umno parti joget2 malam merdeka, umno parti halal dedah aurat dulu kini selamanya, umno parti hina hukum Quran...


Semuanya anak ini akan sanggup sebab impiannya nak jadi ustat & seterusnya ulamak dah di ajar dari kecik... matlamat belajar agama utk jd org bertaqwa (takut ALLAH).. dah kelaut dah...


Selamat Datang Ke Astana Kandis... 
Asam Masam Manis, Di Kulitnya Masam Di Isinya Manis..
(promo thriller)


Siapa yg rosakkan anak tu? mak bapak la yg jadikan anak2 yahudi atau majusi... maksud yahudi simbolik bagi org yg selewengkan perintah ALLAH swt.. maksud majusi simbolik bagi org yg percaya benda2 khurafat atau tahyul...

Nota: majusi ialah satu kaum penyembah api satu masa dulu.. hari nih sapa percaya umno yg bawak kemajuan, bawak keharmonian, umno yg bagi kesenangan... adik beradik majusi la tu... aaaa.. satu lagi contoh.. org yg percaya kalo tak kerja tak makan pun adik beradik majusi gak la tu... syirik, khurafat, karut, tahyul.. semua adik beradik majusi...


--------------------------------kandis----------------------------

Aiikkk..??? Camne buleh lari tajuk nih?

Tadi aku cerita syurga dunia palsu rekaan manusia...  Last2 buleh lari cerita didik anak pulak? nak padam rasa cam rugi plak.. sbb dah byk plak aku tergoreng cerita cara didik anak tu.. 

Walaupun cara yg betul aku tak simpulkan kat situ.. pandai2 ngkorang la carik sendiri kaedah yg betul... KAH KAH KAH...  

Ahhhh.... hentam sajalah... mana yg baik ngkorang amik.. yg rasa2 cam tak baik.. ngkorang campak kat umno... aku tanak!!!!


----------------------------------kandis-------------------------------------


Cuma last point aku psl syurga dunia palsu yg aku nak cerita kat atas... 

Ingat baik2 kata Rasul saw.. bersama dajjal itu di datangkan syurga dan neraka... syurga dajjal adalah neraka ALLAH swt.. dan neraka dajjal adalah syurga ALLAH swt... 

Umno mengaku bawak kesenangan pada rakyat.. umno mengaku bina rumah2 yg indah2 utk rakyat... 

Umno bina jugak bank2 riba utk kita semua terpaksa kerja seumur hidup nak bayar loan riba rumah..

Rumah yg sepatutnya kalo kita buat sendiri kosnya cuma habis rm20ribu.. umno jual dgn harga rm80ribu... kita tadak duit kita di sambut dgn senyuman mesra awek2 dlm bank riba...

Tersangkut la kita bayar pulak harga rumah dari 80ribu.. jadi rm200ribu... terpaksa kerja sampai mampus dan jadi hamba dunia moden...

Inilah syurga dajjal yg kita kejar... nak rumah cantik.. nak kereta cantik.. nak bini cantik.. nak sofa cantik.. nak semua cantik... akhlak? yillek....!!

Anak2? pegi mampus kalo degil...!! umno rembat hasil cukai negara? lantak la takde kena mengena dgn aku... aku pening nih nak bayar hutang... pening jugak nih nak carik duit nak buat makan...

Siapa yg ajar semua dakwah gila babi nih pada kita? pada bini kita? pada anak kita? pada makbapak kita? pada masyarakat kita?

Jawapannya... tv.... ejen pukau mereka paling power!!


Selamat Datang Ke Astana Kandis... 
Asam Masam Manis Rencah Sejati Melayu Tradisi..
(promo thriller)





Sekian dulu utk kali nih...

Ambil gendang di Sungai Kandis,
Ditabuh ramai ditingkah biola,
Makin dipandang semakin manis,
Dilabuh hati menyala cinta.







--------------------------------kandis-------------------------------



 
Bagi mengekalkan originaliti artikel nih... 
aku tak tambah apa2 kat artikel atas nih yg pernah aku siarkan kat blog astanakandis dulu....

Tapi ada sikit lagi benda penting yg aku nak sambung berpesan dgn semua member2...
InsyaALLAH nanti aku buat kat posting yg depan....


Salam...

-kandis- 


.