Melayu Adik Beradik Yahudi.

Comments
.
 

Asalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera....

Posting kali nih adalah sebuah sinambungan dari posting terdahulu yg bertajuk "Syurga Dunia Palsu" & posting tajuk "Jiwa Hamba Merdeka" yg pernah aku siarkan suatu masa dulu....


--------------------------------------kandis--------------------------------



Orang Gila Dirasuk Setan.

Orang melayu kita nih hebat... rajin diorang baca quran... hari2 lepas solat kat mesjid/surau baca ayat kursy... time kenduri tahlil pun ayat kursy... time nak tidoq pun ayat kursy... time gabra takut nampak hantu setan pun ayat kursy... 

Dari org tua sampai la ke budak tadika ramai yg dah hapal ayat kursy... bagus org melayu dlm bab amalan yg satu nih...

Ayat kursy yg kita rajin baca & amal tu umum dah tau... sebenarnya di petik dari surah al-baqarah pada ayat 255.....

Cuma sayangnya... cuma peliknya... cuma ajaibnya... apsal la ramai sangat yg macam tak perasan sambungan2 lepas daripada ayat 255 tu ALLAH swt warning kita pasal riba?....

Mufti & imam & nazir & kadhi & ustat & muslimin & muslimat & musibat & melayu karat... hampir semua hari nih majoriti besar dah jadi pengamal riba besar-besaran?...

Tanpa segan silu? tanpa rasa takut? tanpa rasa hina? tanpa rasa gila?...

Ok... 
kita try bukak sikit tengok sambungan ayat2 lepas dari ayat kursy yg kat dlm surah al-baqarah tu...


Pada ayat 275 al-baqarah.... makna dia kalo kita terjemahkan dlm bahasa kita... lebih kurang camnih maksud dia:


P/s:- 
Sori byk2.... quran terjemahan melayu yg ada kat rumah aku... ntah mana ntah benda tu merayap... jadi aku terjemah sendiri direct je drpd quran musyaf arab yg biasa... 

lagi pun aku tengah tak rajin nak carik... & kopipes drpd web2 quran terjemahan... 

nanti siang kalo sempat... aku try la carik terjemahan profesional & aku selit tarok kat bawahnya... 

-sekian di maklumkan...


----------------------------------kandis----------------------------------

"Org2 yg mengamal riba mereka tak dapat berdiri... melainkan berdirinya seperti org yg di rasuk syaitan menjadi gila.... mereka jadi macam tu adalah sebab mereka kata.... jual beli tu sama je dengan riba...

Org2 yg telah sampai padanya larangan dari tuhannya... kemudian dia terus berhenti.... apa yg dah di ambik dulu2... itu bahagian dirinya... dan urusan dia dengan ALLAH swt...

 Org2 yg buat lagi jugak.... org tu adalah penghuni neraka... mereka kekal selamanya kat dlm tu...."

(rujuk quran- Al-baqarah ayat 275)

 ------------------------------------kandis----------------------------------

Haaa.... yg suka cakap macam dialog kat ayat 275 tu... tu perangai ustat2 yg di bayar gaji oleh kompeni2 riba moden yg dinamakan perbankkan islam... kahkahkah... 

Aku malas nak ulas panjang bab nih... sapa tak puas hati aku kata bank islam tu penipu bertopeng islam.... pegi rujuk dalil2 & hujah2 yg dlm kitab tulisan ulamak moden sheikh imran hossein....

Tapi sebenarnya... kalo di pikirkan balik... semua org tau... pinjam 20ribu.. kena bayar 35ribu... itu namanya riba... itu namanya penindasan.... itu namanya penipuan.... itu namanya menangguk di air yg keruh... itu namanya mengambil kesempatan atas kesusahan org lain... 

Cuma org bodoh yg tak nak ngaku bodoh je yg tak penah sedar benda realiti mcm nih....


------------------------------------------kandis----------------------------------

Kata Imam Nawawi... 
(yg kita kenal sbg penulis kitab hadis 40 tu laaa)...

"Seluruh ulamak islam telah ijma' (sepakat) ttg pengharaman riba... ia termasuk katogeri dosa besar.... & riba jugak diharamkan oleh semua agama lain...."

Imam Mawardi pun pernah kata benda yg sama jugak...

(rujuk kitab al-majmu)

 ------------------------------------------kandis----------------------------------


Semalam sempat aku baca artikel drpd brader Azmie yg bertajuk.. "Jom Hijrah"

Brader Azmie bukak intro pasal pembukaan "Souq al muslimin" kat madinah... atau "pasar org islam"... 

Pasar baru org islam tu di bukak sebab kat pasar lama madinah yg di kuasai org2 yahudi... 

Yahudi amalkan riba, tipu sukatan, sorok barang atau lambakkan brg utk main harga, jual nilai hutang & mcm2 auta lagi yahudi gunakan dlm permainan ekonomi diorang demi kaut keuntungan sambil menindas org lain...

Kat dlm posting brader azmie tu ada jugak dia tarok terjemahan dari ayat surah an-nisa yg bagi tau kita... yahudi pun pernah dpt larangan pasal riba nih.... tapi diorang tak pedulik... 

Hari nih kita org melayu sibuk kutuk yahudi jahat & sbgnya... tapi rupanya kita pun 2x5 je dgn yahudi... kahkahkah.... sama2 dpt warning riba... sama2 tak pedulik.... besok mampos kita berjiran dgn yahudi la kat dlm lubuk neraka.... kahkahkah....

Tapi ada beza sikit... sbb org yahudi dia amalkan riba... tapi dia jadi tuan kat dunia nih & dia kontrol ekonomi kita... 

Kita plak amal riba... jadi ternakkan yahudi terpaksa bekerja sampai tua... sebab nak bayar rumah sebijik, kereta dua bijik.... hebat betul melayu nih... bijak.. bijak... kahkahkah....

Nota: 
jgn lupa oiitt.... nilai ringgit kita nih dah di ikat dgn nilai dollar sejak 1999 kalo tak silap aku... kesannya pikir sendiri... aku malas nak cerita panjang.... cerita penubuhan souq al-muslimin tu buleh dijadikan panduan yg baik...

ok.. sambung cerita kita balik...


-----------------------------kandis-------------------------------



Berkat Di Tarik Dunia Akhirat.


Translate drpd ayat 276 al-baqarah...

"ALLAH swt susutkan riba & ALLAH kembangkan sedekah2 & zakat.... Dan ALLAH swt tak suka pada semua org yg kekal terus dlm engkar & selalu buat dosa..."

(rujuk al-baqarah ayat 276)



-Hadis Rasul saw dari Ibn Mas'ud r.a...

 "sesungguhnya riba walaupun lumayan tapi hasilnya akan membawak kepada sikit & kepapaan.."

(hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim-sahih, Ibn Hajar-sanadnya hasan -rujuk fath al-bari)


-dari Ibn Abbas r.a....

"Tidak di terima dari pemakan riba sedekahnya, hajinya, jihadnya & persaudaraannya.."

(rujuk~ al-jami' li ahkamil quran, al-qurtubi & rujuk~ az-zawajir 'an 'iqtiraf al-kabair, ibid)



------------------------------------------kandis-------------------------------


Ayat Paling Menakutkan.


Ayat 278-279 dari surah al-baqarah...
maksudnya lebih kurang camnih...

"wahai org2 beriman... bertaqwa lah kamu pada ALLAH swt & tinggalkan saki baki riba tu kalau kamu org yg beriman.....

kalau kamu tak tinggalkan... maka ketahuilah bahawa ALLAH swt & RasulNYA akan memerangi kamu...

dan jika kamu bertaubat... maka pokok harta kamu untuk kamu... kamu tidak menganiaya & tidak di aniaya..."

 (rujuk al-baqarah ayat 278-279)


-Kata Imam Abu Hanifah.. (imam mazhab hanafi)

"ini lah ayat di dalam al-quran yang paling menakutkan"...
(rujuk Hamisyh An-naisaburi, at-tabari)


-hadis Rasul saw yg riwayat dari ibnu Abbas ra...
maksud terjemahannya lebih kurang camnih...

 "Akan di katakan pada pemakan riba di hari kiamat... angkat lah senjata kamu, pegi kamu berperang dgn ALLAH swt...

(rujuk Jami al-bayan "an takwil ayyi al-quran, at-tabari.... rujuk jugak Ad-durru al-manthur, as-suyuti)


-Kata Imam Malik bin Anas... 
(imam mazhab maliki & jugak tok guru pd imam syafie)

"Telah aku bukak lembaran2 kitab ALLAH swt & hadis2 RasulULLAH saw... dan tidak aku dapati dosa yang lebih buruk dari riba.... kerana ALLAH swt mengisytiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" 

(rujuk al-jami' li ahkam al-quran, al-qurtubi)


 -Kata Imam Qatadah...
 "ALLAH swt menjanjikan ahli riba dgn hukuman bunuh, dan akan mendapatkan mereka di mana saja mereka berada"
 (rujuk at-tabari)


 ----------------------------------------kandis--------------------------------

Sekadar pandangan aku kandis.... 
waktu aku menaip ayat yg kat atas nih... 
kotak pemikiran aku terlintas sendiri.... 

kata ALLAH swt kat dlm ayat tu... 
ALLAH swt & RasulNYA akan memerangi golongan pengamal riba....

terpikir aku sendiri pada jam 2 pagi skrg nih.... di dalam roman remang hujan yg sedang renyai kat persekitaran sawah padi keliling rumah aku nih...

Setahu aku....

Orang2 yahudi... sampai hari nih diorang masih menunggu Rasul penyelamat akhir zaman yg dijanjikan ALLAH swt dlm kitab diorang dulu.... diorang gelar penyelamat dunia tu... "meschih" dlm bahasa asal diorang...

Orang2 nasrani... diorang pun semuanya tahu & yakin sbb dlm kitab diorang... Jesus atau Nabi Isa a.s... Nabi penyelamat manusia.... akan di turunkan semula di akhir zaman utk menyelamatkan manusia semua... diorang gelar "messiah" dlm bahasa diorang yg masih digunapakai sampai hari nih...

Orang2 islam... kita semua jugak dah tau yg Nabi Isa as belum wafat & akan di turunkan kembali utk membunuh dajjal, memerangi org kafir, menghapuskan sistem jizyah(cukai) & mcm2 lagi... & akhirnya Nabi Isa a.s akan mentadbir dunia nih berpandukan kitab ALLAH swt... Nabi Isa as jugak dlm islam di gelar Isa Al-Masih...

Yang bersarang kat kepala aku skrg nih ialah... 

Kalo dah kita yg mengaku islam nih pun berperangai 2x5 je ngan yahudi & nasrani... 

riba- bedal, syubhah- bedal, 24 jam suka ngadap maksiat kat tv- bedal, kilang arak- bedal, kasino atas gunung- bedal, aurat- bedal, agungkan sultan fasiq- bedal, sokong perdana menteri fasiq (rosmah)- bedal, insurans- bedal, saham asn/asb- bedal, direct selling duit jual duit- bedal, mahkamah syariah tak ikut quran- bedal, jizyah@cukai melampau- bedal....

Aku ingat silap2 haribulan Nabi Isa a.s turun besok2.... dia pancung abis kepala yahudi, kepala nasrani, tak lupa juga dengan kepala melayu kita nih sekali oiitt... kahkahkah.... 

Dah tu kalo dah sama sebijik perangai kita dgn yahudi & nasrani... nak kata apa lagi?

Apsal tak bleh plak? kita org islam nih masih solat sembah ALLAH swt? 

Org yahudi pun sampai hari nih diorang mengaku jugak diorang sembah ALLAH swt tuhan Musa as, Harun as, Yakub as, Yusuf as & lain2 Rasul yg pernah di hantar pada diorang.... 

Org nasrani pun mengaku diorang pun sembah tuhan yg sama.... tuhan yg turunkan kitab injil & taurat.... tak caya kata aku nih?... pegi tanya kat diorang sendiri....

Bagi kita org islam... dlm antara ayat2 lain dlm surah al-baqarah tu sendiri ada jugak ALLAH swt bagi tau kat kita apsal ALLAH swt kapirkan yahudi & nasrani... kesimpulannya kalo kita pun buat benda yg sama mcm yahudi... nasib la ngkorang semua melayu2 1 malaysia... besok2 ngkorang kena perang la dgn ALLAH swt & RasulNYA.... aku tak campur... aku nak cabut dulu... kahkahkah....

Nota kandis: 
maksud "aku nak cabut dulu"... aku nak cabut dari golongan riba & golongan maksiat.."


 -----------------------------------kandis--------------------------------


Ok... 
kita balik ke cerita tajuk asal balik....





Ahli Riba Penzina Paling Keji.



-Hadis riwayat Ibn Majah 2/764 & Al-Hakim... 

Sabda Rasul saw: "Riba mempunyai 73 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya."

(sahih ikut syarat imam bukhari & imam muslim)

---------------------------------------------------------


 -Rujuk Musnad Ahmad, Ad-dar qutni....

Sabda Rasul saw: "Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali."

(Sahih kata Albani dlm Ghayatul maram fi takhrij hadis al-halal wal haram lil qaradhawi -ms-103)

 -----------------------------------------------------------


 Hadis riwayat Bukhari & Muslim....

"Jauhilah tujuh dosa besar.... Syirik....Sihir.... Membunuh tanpa hak... Makan harta anak yatim... Makan riba... Lari dari medan perang.... & Menuduh perempuan yang suci berzina.."

(Hadis riwat Bukhari & Muslim)


----------------------------------------------------


Diriwayatkan dari Jabir : 

Rasul saw melaknat org yg mengambil riba... org yg bayar riba.... org yg catat urusan tu.... & dua org saksi yg terlibat...... sabda Rasul saw lagi: Mereka tu semuanya sama berdosa".

(Hadis riwayat Muslim).

 ------------------------------------------kandis-----------------------------------


Sikit aku nak highlight kat sini.... part hadis yg last sekali atas nih.... bab 4 golongan terlibat dgn riba.... kat hadis tu Rasul saw dah sebut terang & jelas.... 

Tapi dlm tahun 1992 atau 1993 kalo tak silap aku.... majlis fatwa kebangsaan keluarkan fatwa... hukum org islam bekerja di bank konvensional yg amalkan riba adalah... harus.... 

Harus kepala nenek dia!!!!... kahkahkah... 

Mana ngkorang nak sorok hadis Rasul saw dari riwayat muslim tu oiit? takkan mufti tak jumpa kot? takkan mufti tak tau kot? kata mufti negara islam ahlus sunnah wal jamaah? samdol betul diorang nih jd mufti kat msia... penipu kuat!!!

Quran diorang tolak tepi... hadis diorang tolak tepi... patut la makin hari makin melingkup abis umat islam kat negara nih... yg sibuk diorang bawak ketengah cuma rosmah... kahkahkah.... salam.....


 -------------------------------------kandis---------------------------------


 Aaaa..... sebenarnya banyak lagi larangan2 psl riba nih dari hadis & quran... sampai wasiat terakhir Rasul saw kat padang arafah pun... sempat Rasul saw haramkan segala bentuk riba... try carik sendiri... sekian-




P.s utk semua pembaca2 anjung rakyat:-

Aku rayu sgt2... tolong la usaha sungguh2... bebaskan diri memasing dari riba loan kereta & riba loan rumah.... ikhtiarkan sungguh2 & carik jalan.... nekad & buangkan dlm diri kita racun iblis bernama...."bior pape ase begaye" (biar papa asal bergaya)

Riba di benci ALLAH swt sebab ia suatu penindasan manusia sesama manusia... suatu penipuan.. suatu kezaliman... suatu penghambaan...

Nanti di lain masa kalo aku sempat singgah lagi... aku try share apa yg aku pernah belaja dari kebijaksanaan tok nenek kita zaman dulu2.... mereka tak guna bank.. tapi mereka mati... boleh wariskan tanah pada anak2 & boleh turun lagi sampai cucu cicit...

Tapi kita hari nih.. kerja hari2 sepanjang tahun... dari muda sampai tua plak tu... nak cuti kena beli mc... dtg lambat kena memo.. silap hari bulan kena tendang... tapi kita mati.... anak kita tak dpt terima apa2 hadiah kenangan dari kita... selain dari rumah yg dah buruk... kereta yg dah buruk.. atau silap hari bulan hutang yg dah buruk... salam...




 Sekian,
Asalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera...

 -kandis-

.