Pabila Blog Dah Lari Matlamat.

Comments
.

 


Asalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera....




Blog nih aku bina atas 3 matlamat utama....

1 - Untuk menyedarkan pembaca kejahatan kerajaan Umno/BN

2 - Untuk berkongsi apa2 buah fikiran yg memberi manfaat.

3 - Untuk sahabat2 melepak bersama.





Setahun aku bercuti dari blog sebab ada perkara yg perlu aku uruskan di luar kawasan.... tapi malangnya bila aku balik 3 minggu yg lepas.... matlamat 1 tak lagi di utamakan sangat... matlamat 2 kadang-kadang ada... matlamat 3 ntah mana ilang dah semua member2 kamceng aku....

Dah jadi fitrah karektor aku kandis baik di dunia luar & di alam cyber... aku selalu bersabar pada masalah & ujian.... tetapi aku amat tegas dlm hal yg berkait dgn matlamat & perjuangan aku...... 

Matlamat aku bina blog tak pernah sebab aku nak jadi wartawan atau jadi blogger atau cari duit jual iklan atau jadi ahli politik atau jadi ustat atau nak berpoya2 atau sekadar nak buang masa atau nak jadi glamour..... matlamat aku hanya 3 perkara yg di atas tu sahaja...

Jadi utk berlaku adil pada semua... aku terpaksa tendang keluar kesemua admin anjungrakyat & delete kesemua post drpd admin lain... post aku sendiri pun byk yg aku delete... cuma aku tinggalkan 10 post aku untuk jadi kenangan terindah aku.... sejak aku muncul di alam cyber dgn nama pena kandis.... 

Mintak maaf banyak2... aku tak mahu blog yg aku bina nih menjadi blog yg mencurah minyak kedalam api yg melemahkan jiwa2 kebangkitan rakyat.... biar lah leader2 rakyat nih nak bertelagah sekalipun... itu diorang punya pasal...

Ruang komen aku tutup sepenuhnya, fb kandis aku tutup, emel kandis aku block, chatbox aku tutup, chatroom aku biarkan. 

Yang tinggal hanya blog anjungrakyat nih & 10 post bersama komen2 dari member2 dlm post2 tu aku kekalkan... utk jadi memori yg boleh aku baca & belajar & ketawa & berfikir & mengingati bahawasanya....

gerai3abdul, astanakandis & anjungrakyat adalah pengalaman terbaik aku di alam cyber kerana aku dpt berkenalan dgn sahabat2 yg terbaik....

Buat masa nih... aku mungkin tak menulis... sebab ada benda penting yg perlu aku uruskan segera... utk di lain masa aku tak tahu lagi...

 
Goodbye

 

Sekian... salam...

-kandis-

.