Si Luncai Terjun Dgn Labunya - Anwar Dipenjara.

Comments
.


Si Luncai Terjun Dengan Labunya.

Asalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.......

Aku tak tahu apakah artikel ini patut aku taip ataupun tidak..... aku jugak tak tahu apa yg aku nak al-kisahkan di sini atau bergebang disini... sudah 3-4 hari aku senyap tak mahu menaip artikel & berkomen isu2 politik apapun di dlm blog ini...

 
Hmmm... bagaimana & dimana ya nak aku mulakan?... 

Oh ya.. hari rabu 10 feb siang semalam... aku berada di mahkamah melihat peristiwa jatuhnya hukum penjara kepada brader anwar ibrahim.... 

tapi masih lagi belum cukup utk aku jadikan sebab utk aku meneruskan menaip artikel ini.... kerana sudah penat hari ini aku mendengar cerita juga bercerita dengan teman2 di perkarangan mahkamah.......




Baik lah... teringat aku masih berhutang dengan beberapa org member2 blog nih sebuah lagi artikel... zukay, rakyatmalaysia & beberapa org lagi di email... pendirian aku ttg isu kemelut dalaman parti2 pakatan rakyat yg aku janjikan sepatutnya pada minggu lepas.....

Setahun yg lepas ketika aku memulakan langkah utk bermusaffir kerana urusan peribadi.... telah aku tetapkan dateline akhir yg apa cara sekalipun aku perlu pulang sebelum tarikh 10feb 2015... tarikh anwar bakal di bicarakan.... 

Nah... akhirnya aku dpt pulang hampir 2 bulan awal dari tarigh dateline tersebut... gembira rasanya dpt kembali... tup.. tup... aku terpandang di kedai mamak terkandung di dada akhbar kerajaan baziran nasional ttg alkisah kemelut dlm pas.. 


Hati aku mencemuh... "haram jadah punya umno!!... ingat aku bodoh sgt ke nak kena game dgn ngkorang".... masuk pulak ke ruang cyber... wahh.. apa dah jadi nih.... bukak pulak blog anjungrakyat nak tengok geng2 admin & geng2 pembaca blog nih.... alamak dah karam jugak??.... maknanya anwar bakal masuk dalam...


Kemudian 3 minggu yg lepas aku muncul kembali secara rasminya kat blog nih... tapi dgn mood bosan seumpama alunan muzik irama malaysia yg di dendangkan oleh penyanyi bangladesh..... 


Pas sedang asyihk masyhuk bertelagah sesama sendiri nak guling presinde... dap sedang mendaki naik tangga ketidakpuashatian mereka terhadap perjuangan islam pas kerana umno kini sokong hudud di kelantan... 

Pkr dlm status baru lepas perang sesama ahlinya guling menguling mb selangor... pas sedang mencurah jatuh kepercayaannya terhadap keadilan parti pkr sebab pkr tamak kerusi mb selangor.... najib & umno/bn sedang menyerang negeri kelantan bermodalkan banjir utk menggugat setiakawan pas, pkr & dap..... maknanya anwar bakal masuk dalam.....

Hari perbicaraan anwar..... aku tiba di kl seblum subuh lagi... parking kereta kat rumah singgah aku & bawak kapcai menyusur jalan menuju ke mahkamah... tak berapa ramai kelibat penyokong pr seperti 901 dahulu... anwar bakal masuk dalm.... siang hari waktu perbicaraan berjalan.... anwar sah masuk dalam.........

Tak ada lagi tekanan hebat dari rakyat kepada mahkamah & kerajaan umno/bn seperti demo 901 dahulu... berkenaan perbicaraan kes yg sama..

Tak ada apa lagi yg nak aku ceritakan berkaitan kemelut dalaman pr ini... kerana kisah ini kini sudah masuk ke fasa terakhir skrip jalan ceritanya di lukis oleh umno... dan kamu semua adalah pelakonnya.... 

tak ada apa yg aku dapat buat atau coretkan disini utk membuat kamu mahu mendengar nasihat aku... biarlah aku melihat kamu menjadi si luncai yg terjun dengan labunya.... 


Selepas ini pakatan rakyat pula yang akan di asak hingga berpecah.... tangkapan pemimpin pr akan di buat... sejarah yg sudah 60 tahun membyangi pemnbangkang akan berulang....

Rakyat akan di desak hingga menjadi seumpama haiwan ternakkan umno/bn........ 

sekian... salam........





Memanjat Ke Langit Ditangga'i Awan.



Bermodalkan angan-angan dan impian... kamu takkan dapat mengalahkan 'syaitan yg di kenali'...  kamu tahu dia itu syaitan kamu kenal dia itu syaitan.... mengapa ketika syaitan itu memalu gendangnya kamu menari mendabik dada seumpama dewa?....... 

 
Aku tak kata pada pemimpin PR... tapi aku kata kepada semua pejuang2 di alam cyber nih... termasuk kawan2 yg aku kenali & sayangi... Aku ada satu prinsip yg sejak lama aku gunapakai dlm urusan kehidupan aku... 

Bila aku jadi orang di atas (ketua)...
Aku akan buat apa yg aku suka tanpa mempedulikan org2 di bawah aku... mereka boleh suarakan pendapat atau mengumpat di belakang... tapi tak semestinya aku nak ambil peduli.... ayat biasa yg aku sering gunakkan ialah... kalo ada ahli yg boleh ambil tanggungjawab... anytime aku akan berundur... sbb aku pemalas... kemudia apabila aku buat ikut cara aku sendiri & tak ada lagi org yang mahu ikut cara aku... itu lah ukuran yg aku telah gagal sebagai ketua....




Bila aku jadi orang di bawah (pengikut)
Aku akan ikut ketua itu selagi mana sealiran dgn prinsip aku... sikit2 yg hal perbezaan idea atau pendapat aku tak ambil hati... seandainya ketua itu lemah aku masih akan ikut selagi mana tak merosakkan diri aku sendiri.. kerana aku sendiri yg malas nak jadi ketua... tapi apa bila ketua itu sahih terbukti bercanggah dgn kod moral aku.. aku akan tinggalkan dia tanpa banyak cerita....

Aku tak suka sama ada zahir & batin menjadi.... kuli berlagak tokey... kerani berlagak pegawai.. pegawai berlagak pengarah.. pengarah berlagak menteri... menteri berlagak sultan & sultan berlagak Tuhan.... jadi dalam hal Pakatan Rakyat aku hanya lah seorang pengikut & tak patut aku berlagak mcm presiden... kalo teringin nak berlagak presiden tunggu la jadi presiden dulu.... ok?

Ok... aku bagi satu contoh yg mudah... dalam satu jamaah masjid.... seorang kawan datang membawak berita mengatakan pak imam tu nak murtad sembah pokok... apakah aku akan sebarkan pada kawan2 jamaah yg lain? jawapannya tidak... kerana berita itu belum tentu sahih selagi mana belum terbukti dia betul2 sembah pokok.... bimbang mensyebar cerita yg menyebabkan kawan2 jamaah lain tinggalkan masjid membuat aku lebih suka diam & memerhati saja... tunggu pak imam betul2 buat apa2 perkara yg sah2 murtad baru la aku akan tinggalkan dia & sebarkan.... 



Jumaat minggu lepas aku ke mesjid sg besar utk solat jumaat... tetiba naik seorang yg aku cukup kenali ke mimbar utk membacakan khutbah jumaat... org itu adalah orang pejabat agama sg besar... pejabat agama adalah bapak kesesatan umat islam kat negara nih... seleweng hukum syariah & memfitnah islam... tangkap khalwat denda rm500? zina denda 5ribu? minum arak denda 3ribu? kitab mana diorang belajar tu? kahkahkah.... sah aku tau orang itu siapa... aku bangun & balik rumah buat solat zuhur kat rumah.....


Untuk hal hadi awang & alkisah kononnya dia nak menggabungkan umno & pas.... aku percaya kalo betul sampai jadi begitu... 90% ahli & penyokong pas akan tinggalkan pas... tapi seandainya perkara itu tak betul & aku sebarkan cerita itu... ianya akan menjadi fitnah & ramai penyokong mula tinggalkan pas walaupun pas masih bersama pr.... siapa yg untung? umno yg untung.... 


 
Hal pasma vs hadi awang... satu kumpulan penyokong hentam pasma dengan melabel pasma sbg munafik... satu kumpulan penyokong lagi hentam hadi dengan desak hadi turun... aku tak campur & lebih suka tunggu & lihat diorang settle sendiri.... sama ada pasma di pecat... atau tunggu hadi yg turun.... aku tak mahu duduk di sebelah manapun..... aku jugak tak mahu sebarkan... kerana pasma belum tentu di pecat & hadi belum tentu turun..... kalo aku sebarkan pr & rakyat tak untung apa2... golongan atas pagar mungkin akan tinggalkan pr... yg untung cuma umno.....

Sejak dari blog pertama aku lagi di Gerai3Abdul... aku tak pernah menghentam mana2 ahli pr selagi mana dia masih dalam pr sekalipun secara peribadi aku tak berkenan dgn ahli itu... aku tunggu bila sah dia mengkhianat semacam zulkifli nordin, ibrahim ali, hasan ali...... baru la kita bukak cerita....




Semangat setiakawan dlm dap, pkr & pas aku tak mahu jadi ejen perosaknya... seburuk2 hadi awang.... hadi tak pernah mencuri duit rakyat semacam najib/rosmah... seburuk2 lim guan eng... guan eng tak pernah gubal hukum Quran semacam pejabat agama islam anjuran kerajaan umno... & seburuk2 anwar ibrahim... anwar tak pernah bunuh orang memali semacam mahathir.... prinsip aku kawan adalah patut di layan sebagai kawan... musuh adalah patut di layan sebagai musuh....

Oleh kerana media cyber pr sejak beberapa bulan nih sibuk berperang sesama sendiri... jadi senario anwar di tangkap dah sedari awal aku jangkakan.... kerana pakatan rakyat dah tak lagi sebuah pakatan... ia sudah menjadi blok-blok kumpulan yg saling menyokong dan mengutuk sesama PR.... 

Satu blogger menjadi macai pas a.. satu facebooker menjadi macai pas b... satu facebooker menjadi macai dap a... satu blogger menjadi macai pkr b... satu blogger menjadi macai pkr a... satu facebooker menjadi macai dap b... & kitaran ini terus berterusan berpusing2... 


Cuma ada juga segelintir blogger & facebooker masih cuba bertahan memperjuangkan rakyat dan memperjuangkan pr.... dengan bersikap neutral kepada semua blok-blok pecahan ini... tapi suara mereka tak mahu di dengari kumpulan a & b....

Di mulakan oleh media umno/bn... kemudian di sokong pula oleh portal2 berita web selepas mereka di ziarahi zahid hamidi menteri umno... di sambung pulak oleh blogger & facebooker pr.... 

Kesudahannya anak muda yg menjadi nadi kuasa tenaga kebangkitan rakyat mulai bosan setiap hari mendengar kisah2 orang tua bergaduh sesama sendiri mungkin berebutkan jawatan.... akhirnya..... goodbye anwar, youngster heart are broken....

Senario begini mungkin adalah yg terbaik utk rakyat... selepas ini pr akan berpecah belah kerana tak ada lagi anwar sebagai pendamai dlm PR... anwar ini terkenal sbg negotiator yg baik sejak lama dulu.... kerusi selamat mb azmin ali akan kembali menjadi kerusi panas kali ini mungkin di rebut pas vs pkr....

najib akan bersenang hati tidak di ganggu mahathir lagi... mahathir bersenang hati kekebalannya masih berjaya melindungi kejahatannya... umno/bn sedang berkira2 memikul duit untuk membeli pengundi permatang pauh.... 


polis sedang bersedia mengumpul bukti dan asbab utk menangkap pemimpin2 kebangkitan rakyat yg di anggap menggugat umno/bn.... selangor & kelantan akan di serang bertubi2 supaya kembali dpt di kuasai oleh umno/bn.... rakyat golongan pendapatan rendah akan di tekan & di jerut semahunya.... 

Hanya selepas kesakitan itu... mungkin akan ada kebangkitan rakyat kembali seperti kebangkitan sebelum ini..... hanya selepas kesakitan itu... mungkin pas, pkr, dap akan lebih matang utk menentang syaitan yg di kenali itu... 

Hanya selepas kesakitan itu... blogger, facebooker & pengamal media cyber pr... mungkin boleh faham apa berita yg patut di sebarkan & apa yg tidak demi kepentingan rakyat... bukan menyiar berita demi kepentingan blok-blok kumpulan pecahan pertelagahan pas, pkr & dap... 

Akan tetapi sudah pun selama lebih 60 tahun kamu semua di permainkan oleh umno syaitan yg di kenali itu.... bertelagah sesama sendiri menjadi blok-blok kumpulan kecil yg saling cemburu & tikam menikam sesama kamu.... 

Dari generasi org tua dulu sampai la ke generasi muda hari ini.... apakah di masa depan akan ada perubahannya? aku masih berharap ada perubahannya..... 







We know of an ancient radiation...... That haunts dismembered constellations,....A faintly glimmering radio station...... 

While Frank Sinatra sings Stormy Weather,.... The flies and spiders get along together,....Cobwebs falls on an old skipping record....

Beyond the suns that guard this roof,...Beyond your flowers of flaming truths,...Beyond your latest ad campaigns,... 

An old man sits collecting stamps... In a room all filled with Chinese lamps.....He saves what others throw away....

He says that... he'll be rich some day....







Hingga waktu itu sampai....

Sekian.... 
Asalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera...

-kandis-


.